Kesatuan guru desak sistem kesihatan di Colombia dinaik taraf
- Written by Media Baharu
- Published in Berita Dunia

(Foto AFP)
BOGOTA, 8 Februari- Ratusan anggota kesatuan perguruan di Colombia berkampung di bangunan kongres bagi mendesak sistem kesihatan negara itu dinaik taraf.
Menurut pasukan keselamatan, tunjuk perasaan disertai kira-kira 500 orang.
Mereka turut membawa bersama sepanduk dan kain rentang tertera tuntutan.
Kawalan di lokasi itu dipertingkat bagi mengelak cubaan menceroboh dewan kongres.
Kongres negara itu mengadakan sidang khas bagi membincangkan reformasi sektor kesihatan susulan usul Presiden berhaluan kiri, Gustavo Petro.- AFP
(Foto AFP)