Sunday, 26 March 2023

Polis New Zealand jumpa 3.2 tan kokain di laut

  • Published in Berita Dunia

(Foto AFP)

AUCKLAND, 8 Februari- Sebanyak 3.2 tan kokain bernilai lebih 500 juta dolar NZ ($A320 juta) ditemukan terapung di Lautan Pasifik.

Pesuruhjaya Polis New Zealand, Andrew Coster berkata dadah tersebut dirampas dan dipercayai untuk pasaran Australia.

"Kokain tersebut ditemukan terapung di dalam plastik hitam di lautan tersebut. Ia satu penemuan terbesar oleh pihak berkuasa New Zealand," katanya kepada pemberita di sini.

Coster berkata rampasan ini memberi kesan kewangan yang besar kepada mereka terlibat dalam perdagangannya, daripada pengeluar kepada pengedar.

Setakat ini, tiada tangkapan dibuat.- REUTERS


(Foto AFP)