'Price Catcher' tawar pilihan jadi pengguna bijak
- Written by Media Baharu
- Published in Laporan Khas

KUALA LUMPUR, 29 Januari- Aplikasi 'Price Catcher' memudahkan pengguna untuk mendapatkan maklumat harga barangan tertentu hanya di hujung jari.
Orang ramai boleh membuat perbandingan harga antara kedai sekali gus membolehkan mereka menjadi pengguna bijak sebelum berbelanja.
Aplikasi terebut dibangunkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan merupakan salah satu inisiatif di bawah OpenDOSM NextGen.
28 juta data harga barangan di pelbagai lokasi seluruh negara boleh diperoleh menggunakan Price Catcher.
Antara ciri dimiliki aplikasi itu ialah carian mengikut kategori, lokasi atau perkataan.
Menerusinya orang ramai boleh menyemak terlebih dahulu harga barangan sebelum membuat sebarang pembelian serta memudahkan pengguna merancang perbelanjaan dan memilih kedai yang menawarkan harga berpatutan.
Aplikasi itu juga menjimatkan masa pengguna selain menawarkan maklumat semasa berkaitan kepenggunaan.
Laporan disediakan Tina Rama.
(Foto hiasan)