Sunday, 26 March 2023

Bekalan telur beransur stabil

  • Published in Laporan Khas

(Foto fail)

JOHOR BAHRU, 28 Januari- Gangguan bekalan telur pada penghujung tahun lalu banyak memberi kesan kepada orang ramai terutamanya golongan pengusaha produk makanan seperti biskut dan roti.

Bagaimanapun bekalan semakin pulih ketika ini dan kebanyakan peniaga mengakui perubahan positif itu.

Wartawan Annaz Md.Nor meninjau aktiviti golongan peniaga di sekitar Johor Bahru.

Telur merupakan salah satu bahan penting untuk menghasilkan kek, roti ataupun biskut, apatah lagi bagi golongan peniaga yang memerlukan kuantiti telur yang sangat banyak.

Pernah berdepan situasi gangguan bekalan..namun difahamkan stok telur kini semakin pulih.

Betul atau tidaK kita tanyakan golongan peniaga.

Pengusaha roti dan kek, Noor Fadilah Bakri yang memerlukan sekurang-kurangnya 4 hingga 5 papan telur sehari untuk menyiapkan tempahan mengakui pada suatu ketika berdepan gangguan bekalan telur, namun tidak merencatkan perniagaannya berikutan beliau menggunakan khidmat pembekal.

Beliau gembira bekalan telur ketika ini mencukupi walaupun masih belum seperti sebelumnya.

"Alhamdullillah buat masa ni saya tidak putus bekalan sebab saya gunakan pembekal.

"Cuma pembekal macam pening ‘kakak saya cuba, saya cuba’ saya cakap tidak kira mereka kena dapatkan pasal kita pakai telur hari-hari, tapi dulu tempah sampai, tapi sekarang kalau tempah kena bagi masa 1 hari," katanya.

(Bekalan telur beransur stabil)

Beliau yang menjalankan perniagaan sejak kira-kira 10 tahun lalu juga berharap bekalan telur tetap stabil terutama menjelang musim perayaan
Hari Raya Aidilfitri nanti.

Sementara itu pengusaha biskut dan kek, Fazilah Roslan kembali menerima tempahan seperti biasa selepas menghentikan tempahan, gara-gara kekurangan bekalan telur penghujung tahun lalu.

Walaupun tidak memerlukan kuantiti telur yang banyak setiap kali menerima tempahan, beliau mengakui situasi itu sedikit sebanyak merencatkan
perniagaannya.

"Sebulan dua bulan lepas memang kita ada masalah telur..yang guna banyak telur berhentilah sekejap…kadang-kadang ada pelangan tempeh 5-6 biji kek.

"Sekarang saya rasa hujung bulan 12 saya rasa dah senang bukan senang apa pergi mana-mana kita sudah boleh jumpa telur," kata Fazilah.

Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) sebelum ini memberi jaminan bahawa bekalan ayam dan telur kembali pulih bermula bulan ini.

Ia selepas pertemuan antara FLFAM dengan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu, pada 19 Januari lalu.