Wednesday, 28 September 2022

Judith Durham meninggal pada usia 79 tahun

  • Published in Hiburan

SYDNEY, 6 Ogos- Penyanyi lagu rakyat Australia, Judith Durham yang merupakan penyanyi utama kumpulan hit 1960-an The Seekers, meninggal dunia pada usia 79 tahun.

Durham, dilahirkan pada tahun 1943 di Melbourne, mendapat kemasyhuran antarabangsa dengan lagu-lagu popular seperti "Georgy Girl" dan membuat siri lagu-lagu 'cover' .

Berita kematian legenda lagu rakyat Australia itu dikongsi Menteri Seni, Tony Burke sambil mengenang lagu-lagu yang pernah dipopularkan oleh Duham.

Tony Burke turut menceritakan satu pertunjukan oleh Durham pada 1967 yang dihadiri oleh satu persepuluh daripada keseluruhan penduduk Melbourne pada masa itu.

Selain daripada "Georgy Girl", lagu "The Carnival is Over", telah terjual lebih daripada satu juta salinan di Britain sahaja dan menduduki tempat teratas carta selama berminggu-minggu.

Di Australia, lagu The Seekers masih menjadi siulan anak muda iaitu lagu "I am an Australian", yang juga menjadi lagu tema penyiar awam ABC negara itu.-AFP


(Judith Durham)