Wednesday, 28 September 2022

Noh Salleh dan Mizz Nina sah bercerai

  • Published in Hiburan

KUALA LUMPUR, 4 Ogos- Penyanyi kumpulan Hujan, Noh Salleh dan isteri, Mizz Nina sah bercerai selepas 11 tahun bersama.

Berita duka tersebut dimuat naik di media sosial, Instagram masing-masing malam ini tanpa berkongsi tarikh sebenar perceraian.

"Saya dan Nina ingin berkongsi pengumuman penting."

"Selepas berfikir dan membuat pertimbangan dengan teliti, kami bersetuju untuk berpisah dan meneruskan hidup mengikut haluan masing-masing," kata kenyataan yang dipetik daripada Instagram Noh atau nama sebenarnya, Mohammad Noh bin Salleh.

Noh dan Nina atau nama sebenarnya, Shazrina binti Azman menyeru peminat untuk terus mendoakan mereka dalam tempoh idah dan elak mencipta sebarang spekulasi, dalam masa sama menghormati privasi mereka.

"Kita hanya boleh merancang tetapi perancangan Allah lebih baik. Banyakkan berdoa untuk kami terutama dalam tempoh idah ini.

"Kami menghargai sekiranya semua orang menghormati privasi kami.

Tambah kenyataan itu lagi, mereka kekal berkawan dan mendoakan yang terbaik untuk sama sama lain.

Noh dan Mizz Nina mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011 dan mempunyai seorang anak angkat yang dikenali Musa, diambil pada Mac lalu.


(Noh Salleh dan Mizz Nina/Foto IG Selebriti)