Wednesday, 28 September 2022

Awie teruskan konvoi Kempen Pencegahan Jenayah Komersial@Awie Ride fasa dua

  • Published in Hiburan

KUALA TERENGGANU, 27 Julai- Penyanyi dan pelakon legenda rock tanah air, Datuk Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman meneruskan konvoi Kempen Pencegahan Jenayah Komersial@Awie Ride fasa dua ke Terengganu.

Konvoi fasa dua yang disertai 36 penunggang motosikal berkuasa tinggi itu dijadual berada di tiga negeri di pantai timur melibatkan Terengganu, Kelantan dan Pahang.

Kempen berkenaan bertujuan memberi kesedaran mengenai risiko penipuan 'scammer' khususnya kepada masyarakat luar bandar.


(Penyanyi dan pelakon legenda rock tanah air, Awie)

Sepanjang penjelajahan itu, pihaknya akan berkongsi informasi termasuk menyampaikan ceramah mengenai kesedaran bahaya dan mencegah jenayah 'scammer' itu.

Pihaknya bekerjasama dengan PDRM menerusi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial dan pelbagai Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri.

"Semua rakyat Malaysia terkawal kalau kita tidak hapuskan sepenuhnya, dapat kurangkan pun, Alhamdulillah, dan kita tahu rata-rata orang kita terleka dan terlalai dan kadang-kadang tidak percaya, mereka kata beranggapan lebih bagus daripada penipu-penipu alam maya ini sebenarnya tidak bagus.

"Teknologi kini lebih dahsyat, dan baru-baru ini mereka rupanya penipu melalui satu info habis semua duit dalam akaunnya, Jadi perkara ini sangat berbahaya," kata Awie selepas berkongsi pengalaman dan informasi berkaitan jenayah komersil terutama berkaitan penipuan di media sosial ataupun 'scammer' di pasar raya terbesar di sini.