Monday, 27 March 2023

Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 8 Februari- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil pada Selasa susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional susut kepada RM36.70 bilion daripada RM38.84 bilion pada sesi pagi manakala mudah tunai dana Islam turun kepada RM27.91 bilion daripada RM28.84 bilion.

Awal hari ini, bank pusat menawarkan satu tender pasaran wang konvensional dan tiga tender Program Komoditi Murabahah.


(FOTO FAIL)

Pada 4 petang, BNM menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM36.7 bilion dan tender pasaran wang Murabahah bernilai RM27.4 bilion, kedua-duanya bagi wang sehari.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 2.75 peratus pada 7 Feb, 2023.

-- BERNAMA