Wednesday, 8 February 2023

 

Niaga hadapan FBM KLCI ditutup rendah

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 25 Januari- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini seiring dengan prestasi di pasaran tunai pendasar.

Pada penutup dagangan, kontrak Januari 2023 dan Jun 2023 turun 0.5 mata masing-masing kepada 1,500.0 dan 1,489.0, Februari 2023 merosot 2.5 mata kepada 1,501.0, dan Mac 2023 menyusut satu mata kepada 1,491.5.

Jumlah dagangan meningkat kepada 10,298 lot daripada 4,745 lot pada Jumaat manakala kepentingan terbuka menokok kepada 36,688 kontrak daripada 30,825 kontrak.

(Foto hiasan)

Pada 5.00 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 0.88 mata kepada 1,499.45 daripada 1,500.33 sebelumnya.-BERNAMA