Wednesday, 8 February 2023

 

Kadar inflasi Malaysia 3.3 peratus bagi tahun 2022

  • Published in Ekonomi

PUTRAJAYA, 25 Januari- Malaysia mencatat kadar inflasi 3.3 peratus bagi keseluruhan tahun 2022, selari unjuran Kementerian Kewangan dalam Laporan Tinjauan Ekonomi 2023.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menegaskan, semua komponen utama Indeks Harga Pengguna (IHP) menyederhana kecuali komponen restoran, hotel dan perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain.

Jelas beliau, pengguna diseru memainkan peranan menyuntik keanjalan antara permintaan dan bekalan demi mengawal inflasi.

Strategi baharu bersifat 'Quick Win Solution' juga sedang dirangka bersama kementerian dan agensi terlibat termasuk koridor ekonomi wilayah, selain syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

"Kementerian ekonomi telah berbincang dengan beberapa GLC dan kita sedang menunggu mereka kembali dengan cadangan pelaburan berimpak tinggi dalam sektor makanan terutama bersifat huluan," katanya pada sidang media di sini.

(Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi)

Tambah beliau, pengguna disaran menggunakan platform data OpenDOSM dilancarkan Jabatan Perangkaan pada 12 Januari lalu yang mengandungi 28 juta data harga barangan dikemaskini setiap hari.