Wednesday, 8 February 2023

 

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil berikutan operasi BNM

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 25 Januari- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM47.95 bilion dalam sistem konvensional dan RM48.40 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat akan menjalankan dua tender pasaran wang konvensional berjumlah RM1 bilion, masing-masing untuk enam hari dan 14 hari serta dua tender repo berbalik bernilai RM600 juta untuk 33 hari dan RM1.09 bilion untuk 61 hari.

Ia akan menjalankan tiga tender Program Murabahah Komoditi bernilai RM100 juta untuk 14 hari dan dua tender bernilai RM200 juta untuk 21 hari dan 33 hari.

(Foto fail)

Ia turut mengumumkan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu hingga tiga bulan.

Pada pukul 4.00 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM46.6 bilion dan tender semalaman murabahah bernilai RM46.9 bilion. -BERNAMA