Wednesday, 8 February 2023

 

Nilai eksport negara dijangka lebih RM1.5 trilion tahun ini

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 7 Disember- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) yakin sasaran nilai eksport lebih RM1.5 trilion untuk tahun ini berjaya dicapai.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkata sasaran itu berdasarkan nilai RM1.3 trilion dicatat untuk tempoh Januari hingga Oktober.



(Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkata sasaran
itu berdasarkan nilai RM1.3 trilion dicatat untuk tempoh Januari hingga Oktober)

"Nilai pencapaian sebenar tahun 2022, akan dimuktamad dan diumumkan awal tahun depan," katanya pada majlis perpisahan Pengerusi MATRADE, Tan Sri Dr. Halim Mohammad yang telah berkhidmat sejak 2018, di sini.

Menggantikan Halim, Datuk Hazimah Zainuddin yang sebelum ini merupakan ahli lembaga pengarah MATRADE.