Wednesday, 8 February 2023

 

RMK12: Perlu pertumbuhan bidang baharu, sesuai situasi ekonomi semasa

  • Published in Ekonomi

PUTRAJAYA, 6 Disember- Proses penyediaan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12), memerlukan pertumbuhan bidang baharu, sesuai dengan situasi ekonomi semasa.

Menurut Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, ia merangkumi fokus dalam inovasi, kreativiti, teknologi dan juga kerjasama antara agensi, kementerian dan pihak berkepentingan.

"Aliran pendapatan akan dipastikan lebih mantap terutama dalam menghadapi ekonomi semasa. Seperti yang telah disebutkan dalam ucapan saya, kami berharap agar semuanya akan lebih berdaya saing dan bukan sekadar untuk mengukuhkan ekonomi, tetapi ianya boleh dilihat daripada pelbagai sudut," katanya di sini.

Tambahnya, Malaysia tidak boleh terlalu bergantung kepada hasil berkaitan sumber asli atau berkaitan komoditi.

Justeru, pelbagai pendekatan harus diguna pakai bagi memastikan projek dan program di bawah RMK12, menepati objektif, berdaya tahan dan menjamin aliran pendapatan negara.

(Rafizi Ramli)