Sunday, 2 October 2022

TNB labur RM20 bilion setahun

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 18 Ogos- Tenaga Nasional Bhd (TNB) akan melabur RM20 bilion setahun dalam tempoh 28 tahun akan datang sebagai perbelanjaan modal inisiatif mempercepat Pelan Peralihan Tenaganya.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ir Baharin Din berkata, langkah itu juga seiring aspirasi pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050.

Menerusi kenyataan, jelasnya pelaburan itu akan turut mencipta peluang bagi syarikat utiliti meraih lebih dua kali ganda perolehan sebelum cukai dan faedah.


(Kenyaataan Media yang dikeluarkan TNB)

Kumpulan akan terus melabur dalam Grid Masa Hadapan dan bakal mengembangkan aset kawal selia itu kepada RM100 bilion menjelang 2050.

Selain itu, TNB akan turut membangunkan kesalinghubungan grid serantau yang membolehkan pengagihan sumber tenaga boleh baharu lebih meluas.

Sekali gus membantu menyahkarbon sistem tenaga ASEAN selain mengukuhkan keselamatan bekalan.

Grid ini akan memberikan kumpulan potensi pendapatan sebanyak RM7 bilion menjelang 2050.

Selain memperkasa Grid Nasional, Baharin berkata, tiga inisiatif turut dilaksanakan bagi menyegerakan agenda kemampanannya.

Ini melibatkan anak syarikat milik penuhnya iaitu TNB Power Generation Sdn Bhd, TNB Genco, pengembangan portfolio tenaga boleh baharu dan membangunkan ekosistem bagi kenderaan elektrik.


(Tenaga Nasional Berhad, Kuala Lumpur)