Wednesday, 28 September 2022

Nilai mata wang tarik tenaga kerja ke negara lain

  • Published in Ekonomi

( Datuk Seri M. Saravanan berkata nilai matawang tarik tenaga kerja ke negara lain)

KUALA LUMPUR, 11 Ogos- Lebih 400,000 rakyat Malaysia tertarik untuk bekerja di Singapura disebabkan mata wang negara itu lebih kukuh selain gaji lebih baik.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan berkata, kejadian seumpama itu tidak terhad di Malaysia tetapi juga berlaku di peringkat global.

Contohnya pekerja dari Indonesia datang ke Malaysia kerana gaji yang lebih baik bukan perkara baharu.

"Satu fenomena global seluruh dunia orang Malaysia ke Singapura kerana nilai dolar. Ada juga orang Indonesia datang ke Malaysia kerana nilai ringgit.

"Kita membawa pengawal keselamatan dari Nepal sebagai pegawai keselamatan setiap kali saya ke Singapura ramai pegawai keselamatan dari Malaysia. Ini kerana penduduk tempatan kita tidak mahu bekerja sebagai pengawal keselamatan," kata beliau ketika melancarkan inisiatif MYNext di Sime Darby Convention Centre, di sini.

Media tempatan melaporkan bahawa kira-kira 400,000 rakyat Malaysia bekerja di Singapura dengan bayaran purata antara RM6,095 hingga RM9,624 dalam sektor 3D (berbahaya, kotor dan sukar).