Wednesday, 28 September 2022

AirAsia lantik dua Ahli Lembaga Pengarah baharu

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 9 Ogos- AirAsia Aviation Group Limited (AAAGL) melantik Thandalam Veeravalli Thirumala Chari dan Khoo Gaik Bee sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bebasnya.

Syarikat itu menerusi kenyataan memaklumkan, penambahan dua ahli baharu tersebut akan meningkatkan kepakaran kumpulan syarikat penerbangan berkenaan sejajar usaha memperkukuh komposisi lembaga pengarahnya.

"Thandalam berpengalaman luas dalam bidang kewangan dan teknologi.

Manakala Khoo mempunyai lebih 40 tahun pengalaman dalam bidang sumber manusia," menurut kenyataan itu.

(Thandalam Veeravalli Thirumala Chari dan Khoo Gaik Bee)

Kekuatan gabungan ahli lembaga pengarah sedia ada dan baharu merupakan usaha AAAGL dalam memberi pulangan positif kepada pemegang saham dan menawarkan nilai tambah kepada pelanggan.

Pada suku kedua tahun ini, kumpulan syarikat penerbangan tersebut mencatat peningkatan prestasi ketara, menyaksikan pertumbuhan bilangan penumpang dan faktor muatan kembali semula ke tahap prapandemik.