Wednesday, 28 September 2022

Kadar jangka pendek kekal stabil dengan operasi BNM

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 9 Ogos- Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM37.40 bilion dalam sistem konvensional dan RM27.30 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat akan menjalankan tiga tender pasaran wang konvensional yang terdiri daripada dua bernilai RM2 bilion setiap satu untuk tempoh tujuh dan 14 hari manakala RM1 bilion lagi untuk 21 hari.

Ia juga akan mengendalikan tender repo berbalik bernilai RM1.145 bilion selama 184 hari, dan tiga tender Qard terdiri daripada RM3 bilion untuk tempoh tujuh hari, RM500 juta selama 14 hari dan RM1.2 bilion selama 21 hari.

(Foto hiasan)

Selain itu, bank pusat telah mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan murabahah komoditi bercagar untuk tempoh satu hingga tiga bulan.

Pada jam 4 petang, BNM akan menawarkan sehingga RM32.5 bilion untuk tender semalaman konvensional dan RM21.6 bilion bagi tender semalaman Murabahah.-BERNAMA