Kementerian Kewangan tangguh laksana tiga duti eksais, cukai Bajet 2022
KUALA LUMPUR, 21 Mac- Kerajaan bersetuju menangguhkan tarikh kuat kuasakenaan ke atas tiga duti eksais dan cukai yang diumumkan di bawah Bajet 2022 kepada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.
Kementerian kewangan dalam satu kenyataan berkata,penangguhan tersebut membabitkan duti eksais ke atas produk penyediaan pracampuran yang mengandungi gula melebihi had 33.3 gram/100 gram, cukai perkhidmatan penghantaran barang dan cukai jualan barang bernilai rendah (LVG).
"Hal ini juga dapat memberi ruang kepada pihak industri untuk membuat penyelarasan ke atas model perniagaan mereka, pelaksanaan latihan dan penyediaan dokumentasi.
"Selain itu, kerajaan juga dapat memperhalusi semua aspek perundangan berkaitan
bagi memastikan isu pelaksanaan dapat ditangani dengan sewajarnya," menurut kenyataan itu.
Dalam kenyataan sama, Kementerian Kewangan berkata, kerajaan juga dapat memperhalusi semua aspek perundangan yang berkaitan bagi memastikan isu pelaksanaan dapat ditangani dengan sewajarnya.
"Menerusi Bajet 2022, kerajaan mengumumkan cadangan duti eksais ke atas produk penyediaan pracampuran untuk membendung peningkatan penyakit diabetes, obesiti dan penyakit tidak berjangkit yang dikaitkan dengan pemakanan yang tidak seimbang.
(FOTO BERNAMA)
"Berhubung pengenaan cukai perkhidmatan meliputi perkhidmatan penghantaran barang yang disediakan oleh syarikat bukan kurier bertujuan untuk memberikan layanan sama rata di antara semua penyedia perkhidmatan penghantaran barang." menurut kenyataan berkenaan.
Menurut kenyataan itu juga, buat masa ini hanya perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat kurier sahaja dikenakan cukai perkhidmatan manakala cukai jualan LVG.
"Ia bagi barang bernilai RM500 ke bawah yang dijual secara dalam talian oleh peniaga luar negara dan diimport ke Malaysia bertujuan bagi memberikan layanan yang sama rata kepada barangan tempatan dan barangan import," menurut kenyataan berkenaan.
- Written by Media Baharu
- Category: Ekonomi
- Hits: 19