Thursday, 8 December 2022

Sri Lanka mansuh sekatan COVID-19 untuk pelancong luar negara

COLOMBO, 7 Disember- Kementerian Kesihatan Sri Lanka mendedahkan bahawa sekatan COVID-19 yang dikenakan terhadap pelancong yang tiba dari luar negara telah dibatalkan.

Kementerian dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa keperluan mempamerkan sijil vaksinasi COVID-19 oleh pelancong yang tiba dari luar negara telah dimansuhkan berkuat kuasa serta-merta.

Selain itu, keputusan ujian negatif COVID-19 semasa ketibaan atau sebelum menaiki pesawat, termasuk tindak balas rantai polimerase (PCR) dan ujian antigen pantas (RAT) tidak lagi diperlukan.

(Foto fail)

Jika warga asing atau pelancong didapati positif COVID-19 selepas mendarat di Sri Lanka, mereka harus mengasingkan diri selama tujuh hari di hospital swasta, hotel atau tempat tinggal mereka dan kos rawatan atau pengasingan perlu ditanggung sendiri, menurut kementarian itu. -BERNAMA

  • Written by Media Baharu
  • Category: COVID-19
  • Hits: 81