Projek pelebaran SDE empat lorong lancar ikut jadual

Datuk Seri Dr Ahmad Maslan (tiga kanan) melakukan tinjauan di Lebuhraya SDE hari ini

JOHOR, 1 Februari- Projek pelebaran baki laluan dua lorong kepada empat lorong di Lebuhraya Senai–Desaru (SDE) berjalan lancar dan tiada keperluan untuk lanjutan masa, menurut Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Projek pelebaran SDE kepada empat lorong berjalan lancar tanpa keperluan lanjutan masa.
  • Fokus kini pada laluan selepas Sungai Semenchu hingga penghujung lebuh raya.
  • Matlamat utama memastikan empat lorong lengkap hingga penghujung bagi keselesaan dan keselamatan pengguna.

Beliau berkata pelebaran lebuh raya menjadi salah satu keutamaan Kementerian Kerja Raya (KKR) dalam meningkatkan kualiti perjalanan pengguna jalan raya termasuk pengunjung ke Desaru.

Fokus projek kini melibatkan laluan selepas Sungai Semenchu sehingga penghujung lebuh raya.

Pelebaran empat lorong sedang dijalankan dari Sungai Johor sehingga Jambatan Sungai Semenchu merangkumi jarak 9.34 kilometer dan dijangka siap pada April 2027.

Beliau menekankan bahawa matlamat utama ialah memastikan lebuh raya empat lorong lengkap sehingga penghujungnya, bukan hanya sehingga selepas jambatan.

“Ini tentunya memberikan kesan yang baik kepada pengguna Lebuhraya Senai–Desaru,” tambahnya.

Projek ini dijangka meningkatkan keselesaan dan keselamatan perjalanan, selain menyokong pertumbuhan sektor pelancongan dan ekonomi di kawasan Desaru.

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan