Perkhidmatan feri dijangka mengangkut 4,400 kenderaan sempena Aidilfitri

Foto hiasan

LANGKAWI, 17 Mac -Lebih 4,400 kenderaan dijangka menggunakan perkhidmatan feri kenderaan atau RoRo sempena perayaan Aidilfitri ini, bagi tempoh lima hari bermula 16 Mac hingga 20 Mac ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kira-kira 2,300 kenderaan dijangka memasuki Langkawi melalui feri dari Kuala Perlis.
  • Sebanyak 2,173 kenderaan dijangka keluar dari Langkawi ke tanah besar dalam tempoh berkenaan.
  • Jumlah penumpang semasa tempoh puncak (18 hingga 29 Mac) dijangka seramai 41,849 orang.
  • Sebanyak 28 trip tambahan disediakan mulai 17 hingga 29 Mac dan bilangan tersebut boleh bertambah mengikut pembelian tiket.

Ketua Pegawai EksekutifLembaga Pembangunan Langkawi (LADA) Datuk Seri Iskandar Mohd Kaus berkata, dalam tempoh sama kira-kira 2,300 kenderaan dijangka memasuki Langkawi melalui perkhidmatan feri dari Kuala Perlis.

Beliau berkata sebanyak 2,173 kenderaan pula dijangka keluar dari Langkawi ke tanah besar dalam tempoh berkenaan.

“Kami menganggarkan, melalui tempahan awal, sebanyak 4,650 penumpang telah mendaftar. Namun, kami menjangkakan jumlah penumpang yang akan hadir secara walk-in pada saat-saat akhir mungkin mencecah sehingga 7,000 orang,” katanya kepada pemberita pada Program Selamat Pulang Perantau 2026 di Tanjung Lembung, Langkawi, hari ini.

Program tahunan yang memasuki penganjuran kali ke-13 itu bertujuan menambah keceriaan kepada warga Langkawi yang memulakan perjalanan pulang ke tanah besar selain menjadiplatform interaksi antara pengurusan pelabuhan dan orang awam.

Sementara itu, jumlah penumpang yang menggunakan perkhidmatan feri dari Kuala Perlis dan Kuala Kedah bagi tempoh puncak, iaitu 12 hari sambutan Aidilfitri dan cuti sekolah mulai 18 hingga 29 Mac 2026, dijangka seramai 41,849 penumpang,

Menurut Pengurus Operasi Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd, Leftenan Komander (B) Norhafiz Abdul Wahid dalam satu kenyataan, sebanyak 28 trip tambahan bagi kesemua laluan telah disediakan mulai 17 hingga 29 Mac 2026.

“Jumlah trip tambahan ini akan bertambah berdasarkan pembelian tiket sambutan Hari Raya Aidilfitri,” katanya.