
KUALA LUMPUR, 31 Januari – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di enam negeri hingga pukul 7.00 malam ini.
RINGKASAN BERITA AI
- MET Malaysia keluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga 7.00 malam ini.
- Amaran melibatkan beberapa kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur termasuk Klang, Gombak dan Petaling.
- Perak dan Pahang turut terjejas, termasuk Larut, Kinta, Kampar, Kuala Kangsar dan Cameron Highlands.
- Sarawak dan Sabah juga terlibat, meliputi Kuching, Serian, Samarahan serta kawasan Pedalaman dan Pantai Barat Sabah.
Menurut MET Malaysia, ribut petir dijangka melanda Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak dan Petaling di Selangor serta Kuala Lumpur.
“Amaran tersebut turut melibatkan Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar dan Batang Padang di Perak serta Cameron Highlands di Pahang.
“Di Sarawak, kawasan terlibat ialah Kuching, Serian dan Samarahan (Samarahan dan Asajaya).
“Di Sabah melibatkan Pedalaman (Sipitang dan Beaufort) serta Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud),” menurut kenyataan itu.