
SIBU, 31 Januari -Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di lampu isyarat Simpang Kemuang, di sini, malam tadi.
- Seorang penunggang motosikal maut selepas tersepit di bawah sebuah kereta dalam kemalangan tiga kenderaan di lampu isyarat Simpang Kemuang.
- JBPM Sarawak menerima panggilan kecemasan jam 10.19 malam dan anggota BBP Sibu Jaya tiba sekitar 10.30 malam untuk operasi menyelamat.
- Punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan pihak berkuasa.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.19 malam, sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Jaya digerakkan ke lokasi kejadian.
Jentera bomba tiba di tempat kejadian kira-kira pukul 10.30 malam dan mendapati kemalangan tersebut melibatkan sebuah motosikal serta dua buah kereta.
“Setibanya di lokasi kejadian, seorang mangsa penunggang motosikal didapati tersepit di bawah sebuah kereta berwarna hitam dan kerja-kerja penyelamatan segera dilakukan bagi mengeluarkan mangsa,” menurut kenyataan itu.
Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan pihak berkuasa.