
KUALA LUMPUR, 16 Februari – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Tahun Baharu Cina kepada rakyat Malaysia yang meraikannya di seluruh negara.
RINGKASAN BERITA AI
- Seri Paduka titah agar perayaan disambut dalam suasana penuh kegembiraan.
- Baginda menyeru agar keharmonian dikekalkan semasa sambutan Tahun Baharu Cina.
- Harapan perpaduan dikemukakan supaya rakyat bersama meraikan perayaan.
- Doa agar kebahagiaan, kesejahteraan dan kemakmuran berterusan untuk negara.
Menerusi perkongsian di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda bertitah semoga perayaan Tahun Baharu Cina diraikan dalam suasana penuh kegembiraan, keharmonian dan semangat perpaduan.
“Semoga sambutan Tahun Baharu Cina ini juga membawa kebahagiaan, kesejahteraan serta kemakmuran berterusan kepada negara tercinta,” titah Seri Paduka Baginda.