fb fb fb fb fb

Zlatan Ibrahimovic umumkan persaraan

(FOTO AFP)

MILAN, 5 Jun-Pemain legenda Sweden, Zlatan Ibrahimovic mengumumkan persaraannya dari dunia bola sepak pada satu majlis selepas kemenangan pasukannya, AC Milan menentang Verona.

Pada majlis tersebut, Ibrahimovic dilihat sangat emosi dan mengalirkan air mata ketika mengumumkan keputusan untuk bersara kepada para penyokong AC Milan.

"Ini adalah ketikanya untuk mengucapkan selamat tinggal kepada dunia bola sepak. bukan kepada anda (penyokong) sahaja.

"Terlalu banyak emosi yang bermain dalam diri saya. Forza Milan. Selamat tinggal", kata Ibrahimovic.

Pemain berusia 41 tahun itu telah menjangkakan bakal menerima sambutan perpisahan daripada penyokong kelab terbabit susulan pengumuman dibuatnya pada Sabtu lalu iaitu untuk meninggalkan kelab gergasi Itali itu.

Ibrahimovic dianggap sebagai kunci utama kepada kebangkitan AC Milan yang membantu kelab tersebut bangkit daripada era suram sehingga memenangi kejuaraan liga Itali musim lepas.

Pada 2011, Ibrahimovic turut menjadi sebahagian pemain kelab itu menggondol kejuaraan sama.

Sepanjang karier bola sepaknya, Ibrahimovic telah memenangi banyak kejuaraan utama di beberapa liga utama Eropah seperti Belanda, Sepanyol dan Itali selain berkelana ke Amerika Syarikat bagi menyertai Liga Utama bola sepak (MSL) pada 2018.-AFP


(FOTO AFP)

Media Baharu