fb fb fb fb fb

Xavi kecewa kerja keras di Barcelona tidak dihargai

Bekas pengurus Barcelona, Xavi Hernandez/Foto Reuters

SEVILLE, 27 Mei - Bekas pengurus barcelona, Xavi Hernandez berkata dia meninggalkan kelab berkenaan dengan perasaan kecewa selepas segala usahanya dianggap tidak dihargai oleh pengurusan kelab berkenaan.

Barcelona berjaya menewaskan Sevilla 2-1 pada aksi terakhir kedua-dua pasukan di La Liga yang menyaksikan kelab Catalan itu berjaya menmatkan kedudukan keseluruhan di tangga kedua.

Xavi 44 tahun menggantikan pengurus sebelumnya Ronald Koeman yang meninggalkan Barcelona pada 2021 dengan perjanjian selama tiga musim bagi membimbing kelab berkenaan.

Xavi berjaya membawa Barcelona menjadi juara La Liga musim lepas sekali gus merupakan kemenangan ke-27 kelab berkenaan dalam kejohanan berkenaan.

Xavi merekodkan sebanyak 90 kemenangan, 23 seri dan 29 kekalahan dalam 142 perlawanan sebelum dipecat pada Jumaat lepas.

"Saya berasakan segala usaha yang dilakukan selama dua tahun setengah ini menyebabkan kekecohan.

"Saya sentiasa menjadi sasaran kelab.

"Saya berasakan bahawa usaha yang dilakukan tidak mendapat penghargaan sewajarnya.

"Para pemain tidak dapat melaksanakan tugasan sebaik-baiknya", kata Xavi.

Xavi yang dilaporkan untuk meninggalkan Barcelona pada Januari lalu, tetapi bersetuju untuk kembali pada April selepas mengadakan perbincangan bersama Presiden kelab, Joan Laporta.

Namun, Laporta mengubah fikiran dan memecat Xavi susulan kegagalan Barcelona memenangi sebarang kejuaraan.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD