fb fb fb fb fb

UPNM rangkul juara Liga Bola Sepak Institusi Pengajian Tinggi

BANGI, 6 Julai- Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) muncul juara Liga Bola Sepak Institusi Pengajian Tinggi dan merangkul Piala Menteri Pengajian Tinggi selepas menundukkan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Perlawanan itu berlangsung di Stadium UKM, malam tadi.

UPNM yang turun dalam aksi kedua perlawanan akhir dengan kelebihan 1-0 menentang UKM sebelum menang 2-0 memuktamadkan gelaran menjadi milik mereka.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad turut hadir menyaksikan perlawanan akhir dan menyampaikan piala kemenangan kepada pasukan UPNM.

"Perlawanan pada malam ini berlangsung dengan sangat terkawal dan saya bagi pihak KPT ingin mengucapkan ribuan tahniah kepada pasukan UPNM yang julung kalinya menang dalam pertandingan merebut Piala Menteri Pengajian Tinggi ini," katanya.


(Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad)

Dalam pada itu, Ketua jurulatih UPNM, Hairul Nizam Nur Halim menyifatkan kemenangan tersebut adalah hasil kerjasama dan latihan mantap pasukan itu sendiri.

"Tahniah dan kita perlu ingat, kita ada misi lagi selepas ini. Syukur saya sudah berjaya bawa mereka ke peringkat seterusnya," ujar Hairul.

UPNM turut merangkul anugerah Pemain Terbaik yang menjadi milik Thinesvarman dan juga penjaring gol terbanyak Liga IPT edisi 2019/20 menjadi milik Muhammad Hadi Mohamad yang menjaringkan tujuh gol.

Media Baharu