fb fb fb fb fb

Unai Emery tandatangan kontrak baharu bersama Aston Villa

Pengurus Aston Villa, Unai Emery menandatangani kontrak selama lima tahun bersama pasukan berkenaan sehingga 2029/Foto REUTERS

LONDON, 28 Mei - Pengurus Aston Villa, Unia Emry telah menandatangani kontrak baharu selama lima tahun untuk membolehkannya kekal di kelab berkenaan sehingga 2029, kata kelab berkenaan pada Isnin.

Kontrak baharu itu hadir sebulan selepas pengendali berasal Sepanyol itu menandatangani kontrak tiga tahun bersama Villa.

Emery yang menyertai Villa pada 2022, berjaya membantu kelab berkenaan menduduki empat tangga teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) sejak kali terakhir pada 1995-1996.

Kejayaan itu juga membolehkan Villa melayakkan diri ke pertandingan peringkat Eropah sejak kali terakhir layak pada 1981-1982.

"Kami sedang membina sesuatu yang istimewa di sini dengan Emery sebagai terasnya", kata Pengerusi kelab,Nassef Sawiris dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Emery berkata dia gembira dengan situasi dan perkembangan positif yang berlaku di kelab berkenaan.

"Saya begitu gembira dengan tindakan yang dilakukan dan tanggungjawab mengetuai kelab ini.

"Terdapat keserasian di antara kami di kelab ini. Kami teruja untuk menyambung perjalanan tanpa had bagi merealisasikan impian kelab", katanya.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD