fb fb fb fb fb

TODAK yakin gapai emas MLBB Sukan SEA Hanoi 2021

KUALA LUMPUR, 27 April - Kelab e-sukan, TODAK optimis kilauan pingat emas Sukan SEA Hanoi 2021 mampu digapai menerusi kategori permainan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB).

Keyakinan tersebut disuarakan oleh jurulatih TODAK, Zairul Hazim Zailani selepas pasukannya meraih gelaran Juara Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang (MPL) Malaysia musim ke-9.

Tambah beliau, kejayaan muncul Juara MPL Malaysia musim ke-9 adalah tonik terbaik sebelum acara e-sukan Sukan SEA Hanoi 2021 bermula pada 13 Mei depan di Pusat Konvensyen Nasional Hanoi.


(Jurulatih TODAK, Zairul Hazim Zailani bercakap pada sidang media selepas pasukannya
menjadi Juara Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang (MPL) Malaysia musim ke-9)

Pada aksi final berkenaan, pasukannya berjaya menewaskan Orange Esports sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000.

"Ia (Sukan SEA) adalah sukan terbesar di Asia Tenggara, jadi kemungkinan persediaan kami akan lebih berganda daripada persediaan kami di MPL ini dan kami akan lebih fokus," kata beliau ketika ditemui pada sidang media, di sini.

Pada edisi Sukan SEA kali ini, Persekutuan e-Sukan Malaysia (MESF) menyasarkan pingat dengan kategori MLBB merupakan antara salah satu daripada permainan yang diletakkan sebagai sasaran.

Media Baharu