fb fb fb fb fb

TFC II tewas kepada PDRM FC di gelanggang sendiri

(Foto BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 26 Julai- Pasukan Terengganu FC II (TFC II) gagal memanfaatkan kelebihan bermain di gelanggang sendiri apabila tewas 0-2 kepada pasukan PDRM FC, pada aksi Liga Perdana malam ini.

Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Kuala Terengganu itu, kedua-dua pasukan mempamerkan permainan seimbang.

Tiada sebarang gol hingga tamat separuh masa.


(Pemain TFC II, Wan Mohamad Fazli Wan Ghazali (tengah) diasak oleh pemain pasukan PDRM FC
Fadi Mahmoud Awad Saleh (kiri)
pada aksi Liga Premier Malaysia 2022/BERNAMA)

Bagaimanapun, bersambung di babak kedua, pasukan pelawat dilihat lebih mendominasi dan berjaya untuk berada di depan menerusi jaringan pemain import PDRM FC, Miros Lacny pada minit ke 48 berpunca dari sepakan sudut untuk PDRM mendahului 1-0.

Anak-anak buah Ketua Jurulatih PDRM FC Wan Rohaimi Wan Ismail terus menambah derita TFC II dengan jaringan di hujung permainan minit ke-90 menerusi seorang lagi pemain importnya Martin Adamec untuk gol kedua pelawat.

Keputusan penuh menyaksikan pasukan PDRM 2-0 TFC II.

Media Baharu