fb fb fb fb fb

Terbuka Artik :Zii Jia tumpaskan Popov

Pemain perseorangan badminton profesional negara, Lee Zii Jia/Foto Facebook BAM

VANTAA,10 Oktober-Juara bertahan Lee Zii Jia memulakan kempen dengan menyingkirkan pemain Perancis Christo Popov 21-15, 21-11.

Pemain nombor empat dunia itu mengambil masa 43 minit untuk menewaskan Popov pada pusingan pertama kejohanan Jelajah Dunia Super 500 berkenaan.

Pada pusingan kedua, pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis itu akan berdepan pemain Jepun Yushi Tanaka yang menewaskan Lei Lan Xi dari China 21-17, 27-29, 21-16.

Zii Jia, memenangi gelaran terbuka Finland pada Oktober tahun lepas setelah menewaskan rakan senegara Ng Tze Yong pada final.

Sekali gus menamatkan kemarau kejuaraan selama 17 bulan dalam Jelajah Dunia.

Dalam pada itu, seorang lagi wakil perseorangan lelaki negara Leong Jun Hao tersingkir awal selepas tewas 19-21, 9-21 kepada pemain Hong Kong Lee Cheuk Yiu.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD