fb fb fb fb fb

Tan Sri Norza dicalonkan sebagai Naib Presiden OCA

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 23 Julai- Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dicalonkan sebagai Naib Presiden Majlis Olimpik Asia (OCA) pada Perhimpunan Agung badan itu 8 September ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Raya OCA, Rohinton Nariman dalam kenyataan berkata Jawatankuasa Pemilihan telah bermesyuarat untuk menyemak kelayakan semua calon yang dikemukakan Ahli Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (NOC) OCA sebelum tarikh akhir 21 Julai.

Jawatankuasa itu juga menilai kesemua pencalonan yang diterima untuk Naib Presiden Zon OCA.

Selain itu, pemangku Presiden Raja Randhir Singh merupakan calon tunggal yang layak untuk jawatan Presiden OCA.

Presiden Jawatankuasa Olimpik Mongolia, Battushig Batbold yang dicalonkan oleh NOC Mongolia dianggap tidak layak kerana beliau tidak memenuhi syarat kelayakan.

Susulan itu, Setiausaha Agung NOC Mongolia, juga memaklumkan bahawa Batbold telah menarik balik pencalonannya untuk jawatan presiden.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM