fb fb fb fb fb

Szei Fei-Izzudin langkah kanan

Beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzudin Rumsani/Foto Facebook BAM

KUALA LUMPUR, 21 Mei- Beregu lelaki nombor dua negara, Goh Sze Fei-Nur Izzudin Rumsani mengakhiri cabaran Malaysia pada hari pertama Kejohanan Master Malaysia 2024 selepas mengatasi rakan senegara Low Hang Yee- Ng Eng Cheong, 21-11, 21-19.

Sze Fei- Nur Izzudin cuma memerlukan tempoh 33 minit untuk mengesahkan kemaraan pada kejohanan bertaraf Super 500 itu.

Sementara itu, Sze Fei akui menetapkan sasaran untuk melangkah lebih jauh pada saingan kali ini.

"Kami mempunyai sasaran untuk dicapai pada setiap kejohanan yang disertai. Namun, kami tidak ingin meletakkan tekanan. Kami hanya fokus kepada persiapan", kata Sze Fei yang ditemui RTM selepas perlawanan di sini.

Sze Fei-Nur Izzudin seterusnya akan berdepan sama ada pasangan Thailand, Peeratchai Sukphun-Pakkapon Teeraratsakul atau wakil Hong Kong,Law Cheuk Him-Yeung Shing Choi.

Naib Juara kejohanan Asia di Ningbao, China itu kini menduduki ranking ke-14 dunia.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD