fb fb fb fb fb

SUKMA 2026: Selangor sedia peruntukan RM6 juta untuk program pembangunan sukan

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari membentangkan Belanjawan Selangor 2025 /Foto FB AMIRUDIN SHARI

SHAH ALAM, 15 November - Kerajaan Selangor menyediakan peruntukan sebanyak RM6 juta untuk program pembangunan sukan bagi persediaan menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA) 2026.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata, program itu berupaya mencungkil bakat baharu secara menyeluruh selain persiapan sebagai tuan rumah SUKMA 2026.

Menurutnya, Selangor telah diamanahkan sebagai tuan rumah temasya sukan terbesar negara edisi ke-22 itu.

Kali terakhir Selangor menjadi tuan rumah adalah pada 1998

Beliau berkata, Selangor juga berhasrat mengangkat sukan pickleball dan akan menyenaraikannya di SUKMA 2026.

Menurutnya, bagi tujuan itu kerajaan negeri memperuntukkan RM1 juta untuk menjayakan pesta pickleball merangkumi kejohanan terbuka dan pertandingan di sekolah

Amirudin berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) juga akan menyediakan fasiliti gelanggang pickleball di taman awam dengan menaik taraf gelanggang badminton sedia ada.

Beliau berkata demikian pada pembentangan Belanjawan Selangor 2025 di Dewan Undangan Negeri Selangor di Shah Alam, hari ini.

Amirudin membentangkan Belanjawan Selangor 2025 yang membawa tema 'Selangor Dinamik : Cita Sempurna Masyarakat Madani'.

Menurutnya, dokumen belanjawan ini menitikberatkan nilai inklusiviti dan futuristik agar Selangor terus berdaya saing dan mampan seiring dengan agenda Ekonomi Madani.

"Saya berharap agar dokumen ini dapat dibahas dan dibincangkan dengan bernas dan produktif oleh Ahli Dewan Negeri Selangor demi manfaat 7 juta rakyat Selangor," katanya.

Trainee