fb fb fb fb fb

Sukan SEA 2025: Shahmalarani raikan hari lahir dengan hatrik emas karate

Ratu karate negara, C. Shahmalarani/Foto BERNAMA

BANGKOK, 12 Disember – Ratu karate negara, C. Shahmalarani meraikan ulang tahun kelahirannya dengan cara paling istimewa apabila mempertahankan pingat emas dalam acara kumite wanita bawah 50 kilogram, sekali gus melengkapkan hatrik emas peribadi pada Sukan SEA Thailand 2025.

Dalam aksi perlawanan akhir di Kompleks Kerajaan Chaeng Watthana, Shahmalarani, 27, tampil bertenaga untuk menewaskan wakil Myanmar, Florence Nay Chi Htun dengan keputusan meyakinkan 4-0.

Atlet negara itu sebelum ini turut meraih emas pada edisi 2021 di Vietnam dan 2023 di Kemboja, menegaskan dominasinya dalam acara tersebut.

1212 SKN SEA KARATE 2K. Thevendran/Foto BERNAMA

Kem karate negara turut ceria apabila bintang muda, K. Thevendran menghadiahkan satu lagi emas selepas menjuarai acara kumite lelaki bawah 55 kilogram dalam penampilan sulungnya di temasya itu.

Thevendran memastikan kemenangan bergaya apabila mengatasi wakil Vietnam, Chu Van Duc, juga dengan keputusan 4-0.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN