fb fb fb fb fb

Sommer sertai Inter Milan

(FOTO www.facebook.com/Inter)

MUNICH, 8 Ogos - Penjaga gol antarabangsa Switzerland, Yann Sommer menyertai Inter Milan dari kelab gergasi Jerman, Bayern Munich kata kedua-dua kelab berkenaan semalam.

Yuran perpindahan dan kontrak pemain berkenaan tidak didedahkan, namun media Itali berkata Inter Milan dipercayai membayar €6 juta Euro bagi mendapatkan khidmat pemain berkenaan.

Pemain berusia 34 tahun itu yang juga penjaga gol utama Switzerland menggantikan penjaga gol utama Bayern Munich, Manuel Neuer yang mengalami kecederaan pada kempen Bundesliga musim lalu.

Inter Milan dalam satu kenyataan berkata kualiti dan pengalaman yang dimiliki Sommer ditagih oleh kelab berkenaan bagi mengharungi Serie-A musim ini.

"Pengalaman, kepimpinan dan kualiti yang ada padanya menyebabkannya antara pilihan bagi menyarung jersi 'Nerazzuri', kata kelab berkenaan.

Skuad kendalian Simone Inzaghi itu tempang selepas menjual Andre Onana kepada Manchester United Julai lalu, manakala beberapa penjaga gol seperti Samir Handanovic dan Alex Cordaz telah dilepaskan kelab berkenaan musim lalu-REUTERS


(Yann Sommer/FOTO www.facebook.com/Inter)

Media Baharu