fb fb fb fb fb

Skuasy Terbuka Jerman :Eain Yow selangkah bergelar juara

Pemain perseorangan Skuasy lelaki negara, Ng Eain Yow mara ke final terbuka Jerman /Foto FB SQUASH.my

HAMBURG, 7 April -Pemain lelaki negara, Ng Eain Yow mencipta sensasi apabila melangkah ke pentas akhir kejohanan Skuasy Terbuka Jerman awal pagi tadi (Sabtu).

Lebih membanggakan beliau berupaya menewaskan pemain utama kejohanan Joel Makin dari Wales dalam aksi mendebarkan.

Dalam aksi yang berlangsung di Hamburg itu menyaksikan Eain Yow bermula baik apabila meraih kemenangan pada set pertama serta kedua, 13-11 dan 11-8.

Namun Makin yang berada di ranking kesembilan dunia bangkit dengan 11-6 di set ketiga sebelum Eain Yow menoktahkan kemenangan dengan 11-8 pada set penentuan.

Pada saingan akhir nanti, Eain Yow dijadual menentang Dimitri Steinmann dari Switzerland.

Terdahulu Steinmann menewaskan Mohamed Elsherbini dari Mesir 11-8, 11-4 dan 11-1 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD