KUALA LUMPUR, 22 Mei- Pesta kemenangan Malaysia berterusan apabila skuad Regu pula meraih gelaran juara selepas menundukkan gergasi dunia, Thailand.
Trio utama negara yang dibarisi Syahir Rosdi , Azlan Alias dan Farhan Adam membuktikan mereka layak bergelar juara dengan mempamerkan aksi bertenaga sepanjang perlawanan.
Momentum anak buah Ahmad Jais Baharun membuahkan hasil dengan kemenangan 15-8, 15-12.
Sebagai rekod, kali terakhir regu Malaysia berjaya menumbangkan Thailand adalah pada saingan Siri Super ISTAF 2015 di Melaka.