fb fb fb fb fb

Sepak Takraw Piala Asia: Malaysia tumpas kepada Thailand di pentas akhir

Foto Bernama

KUALA LUMPUR 18 Mei- Malaysia gagal menamatkan kemarau 34 tahun kejuaraan apabila tumbang kepada seteru utama, Thailand 2-0 dalam perlawanan akhir acara regu berpasukan Kejohanan Sepak Takraw Piala Asia 2025 di Stadium Titiwangsa, di sini hari ini.

Malaysia menurunkan regu pertama yang dibarisi Mohammad Syahir Mohd Rusdi, Amirul Zazwan Amir dan Mohamad Azlan Alias bagi memulakan saingan.

Pada set pertama, kecederaan dialami Mohamad Azlan menjejaskan rentak permainan sekali gus tumpas 11-15, 15-12 dan 15-17.

Cabaran skuad negara selepas itu diteruskan oleh regu kedua yang dibarisi Muhammad Haziq Hairul Nizam, Farhan Adam dan Muhammad Noraizat Mohd Nordin.

Mereka berjaya memberi tekanan awal dengan kemenangan 15-13 dalam set pertama.

Namun, Thailand bangkit menyamakan kedudukan dengan memenangi set kedua 15-13 sebelum mengesahkan kejuaraan dengan keputusan 15-4.

Terdahulu, Malaysia muncul juara dalam acara kuadran dan regu pada kejohanan edisi sulung tersebut.

Kali terakhir Malaysia menjulang kejuaraan dalam acara berpasukan adalah pada Sukan SEA Manila 1991.

NIK MOHD HAFIZUL BAHARUDDIN

Hello