fb fb fb fb fb

"Saya mahu kembali bermain bola sepak" - Faisal Halim

Foto FB Selangor FC

SHAH ALAM, 13 Jun- Pemain Selangor FC, Faisal Halim masih menyuarakan hasrat untuk kembali beraksi dalam arena bola sepak tempatan.

Kenyataan itu dibuat Faisal Halim atau lebih mesra disapa sebagai Mickey dalam sidang media khas Selangor FC, petang tadi.

Bagaimanapun, Faisal hampir membuat keputusan untuk meninggalkan kerjayanya susulan insiden mengerikan disimbah asid, bulan lalu.

"Saya tidak kisah, saya sanggup kehilangan gaji puluhan ribu. Saya nak balik ke kampung dan hidup tenang. Saya boleh sahaja kerja sehari RM50-RM100 sehari, janji ahli keluarga saya semua selamat, hidup bebas daripada ketakutan."

"Perkara yang berlaku kepada diri saya ini adalah satu situasi luar jangka dan saya tidak boleh terima. Keluarga saya semua dalam ketakutan. Namun, semangat orang ramai yang mendoakan saya membuat saya semangat untuk teruskan karier saya," kata Faisal kepada pemberita dalam sidang media pertamanya selepas tragedi yang berlaku.

Tambah Faisal, keadaan dirinya semakin pulih tetapi masih perlu menjalani rawatan susulan.

Terdahulu, pemain berusia 26 tahun itu disimbah asid akibat perbuatan khianat dua individu bermotosikal di sebuah pusat membeli-belah terkemuka negara, pada Mei lalu.

Beliau disahkan mengalami kelecuran tahap empat dan telah pun menjalani empat pembedahan termasuk pembedahan implan kulit yang diimport dari Belgium.

BERITA BERKAITAN

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM