KUALA LUMPUR, 28 April- Ketua Kontinjen negara ke temasya Sukan SEA Hanoi, Datuk Nur Azmi Ahmad menyifatkan sasaran 36 pingat emas, 35 perak dan 75 gangsa yang ditetapkan, mampu untuk dicapai oleh barisan atlet kebangsaan.
Beliau berkata sasaran diumumkan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu itu tidak menjadi masalah kepada kontinjen negara yang dibarisi kombinasi atlet muda dan senior.
Menurutnya, sasaran emas tersebut telah dijangkakan berdasarkan pemerhatian pada bengkel penetapan sasaran pingat sebelum ini, dengan rata-rata persatuan sukan berhati-hati dalam memuktamadkan sasaran.
Kutipan pingat juga katanya mungkin berubah dari hari ke hari sepanjang temasya berlangsung.
(Ketua Kontinjen Malaysia, Datuk Nur Azmi Ahmad)
Pada Sukan SEA 2019 di Filipina kontinjen negara mengutip 56 emas, 57 perak dan 72 gangsa, jauh tersasar berbanding sasaran 70 emas, 51 perak dan 105 gangsa.
Ini meletakkan Malaysia di kedudukan kelima keseluruhan berbanding sasaran tempat keempat.