fb fb fb fb fb

Sarawak janjikan pembukaan SUKMA XXI yang luar biasa

Abdul Karim Rahman Hamzah

AYER KEROH, 25 April- Sarawak menjanjikan persediaan terbaik termasuk pembukaan luar biasa bagi temasya Sukan Malaysia Ke-21 (SUKMA XXI) 2024 yang akan berlangsung di negeri itu dari 17 hingga 24 Ogos depan.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, penganjuran terbesar dalam sejarah penganjuran Sarawak itu akan mempertandingkan 484 acara sukan dan melibatkan sembilan bahagian daripada keseluruhan 12 bahagian negeri itu.

Beliau berkata, ia merupakan kali ketiga bagi Sarawak menjadi tuan rumah selepas tahun 1990 dan 2016.

"Kita akan memastikan perasmiannya (nanti) amat canggih sekali," katanya kepada pemberita semasa mengetuai delegasi kunjung hormat SUKMA dan Para SUKMA XXI Sarawak di Seri Negeri, di sini, Melaka, hari ini.

Tambah beliau, lebih 12,000 atlet akan berkampung untuk menyertai 37 sukan yang dipertandingkan dan 13 negeri termasuk Wilayah Persekutuan dan negara jiran, Brunei telah mengesahkan penyertaan.

Sementara itu, Abdul Karim berkata, kesemua 10 acara Para SUKMA akan dilangsungkan di Kuching dari 20 hingga 28 September ini.

Melaka menjadi persinggahan kesembilan delegasi itu selepas Pulau Pinang, Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu Pahang dan Johor bermula 22 April lepas.

ARTIKEL BERKAITAN
SUKMA 2024, skuad pelayaran Sarawak tekad hadiahkan emas pertama
SUKMA 2024: Sarawak hantar 1000 atlet
Persiapan venue Taekwondo SUKMA Sarawak berjalan lancar
Perlis sasar 10 emas pada SUKMA Sarawak
1,400 atlet sahkan penyertaan pada Para SUKMA ke-21 di Sarawak
SUKMA 2024: Pahang komited mahu jadi antara lima negeri terbaik
SUKMA 2024: Melaka sasar 20 pingat emas

SITI AISHAH MD ISA