fb fb fb fb fb

Piala Thomas 2024: Situasi semasa kem perseorangan lelaki tak jejas mental Zii Jia

Pemain profesional negara, Lee Zii Jia/Gambar fail BERNAMA

KUALA LUMPUR, 26 April - Pemain profesional negara, Lee Zii Jia enggan terlalu memikirkan situasi kem perseorangan negara yang kurang mantap menjelang aksi pembukaan Kumpulan D saingan Piala Thomas 2024 berdepan Hong Kong, esok.

Menurut Zii Jia, fokus beliau ketika ini adalah untuk meraih kemenangan dalam setiap perlawanan.

Tanpa kelibat Ng Tze Yong yang belum pulih sepenuhnya selepas pembedahan belakang, Malaysia tiada pilihan selain mempertaruhkan juara Asia 2017, Leong Jun Hao.

Pemain berusia 24 tahun itu mungkin turun sebagai perseorangan kedua, diikuti Cheam June Wei dan Justin Hoh pada kejohanan berprestij itu.

Zii Jia yang turun selaku perseorangan pertama mungkin berdepan pemain di ranking ke-15 dunia, Lee Cheuk Yiu.

Berdasarkan rekod pertemuan kedua-dua pemain, Cheuk Yiu menang dua daripada tiga pertemuan dengan pemain berusia 26 tahun negara itu.

GRACE AISYAH KEDAYAN