MUSCAT, 1 Februari - Hasrat Speedy Tigers untuk mencipta kejutan tidak kesampaian, akur tewas 2-5, kepada gergasi hoki, Belanda di pentas akhir.
Skuad HoeBen Gerold terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Van Der Drift Yannick seawal minit pertama.
Namun Mohamad Akhimullah Anuar Esook berjaya menyamakan kedudukan seminit kemudian
Belanda kembali dihadapan menerusi jaringan Reyenga Pepijn pada minit ke-6 dan Yannick pada minit ke-13.
Muhammad Firdaus Omar berjaya mengurangkan defisit gol kepada 2-3 selepas babak kedua bersambung.
Namun dua gol Sander de Wijn dan Jamie van Aart memastikan Belanda berjaya meraih gelaran juara edisi sulung.
Sementara itu, skuad hoki lima sebelah (5s) lelaki bakal menerima habuan susulan kejayaan mencipta sejarah mara ke pentas final edisi sulung.
Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Subahan Kamal berkata pihaknya sudah mempertimbangkan perkara itu meskipun menyedari MHC berdepan masalah kewangan.
"Memang saya akan pastikan bila mereka pulang nanti, mesti ada bayaran bonus buat mereka.
"Kewangan persatuan sendiri sangat terhad kerana kita peruntukan untuk skuad hoki negara. Kita tidak mampu menolong mereka, Namun mereka tidak pernah meminta", kata Subhan di sini.
Subhan turut mendedahkan, jurulatih skuad lima sebelah (5s) lelaki negara, Wallace Tan tidak mengambil sebarang bayaran gaji untuk membimbing anak buahnya pada kejohanan berkenan.