fb fb fb fb fb

Piala Cabaran PSA HK 2024: Joachim dan Sehveetrraa dinobatkan juara

Pemain skuasy negara, Joachim Chuah (kanan) dan Sehveetrraa Kumar (kiri) / Foto FB Hong Kong Squash

KUALA LUMPUR, 2 Jun - Pemain skuasy negara, Joachim Chuah dan Sehveetrraa Kumar masing-masing muncul juara dalam kategori lelaki dan wanita pada siri keempat Piala Cabaran PSA Hong Kong 2024.

Pada perlawanan akhir yang berlangsung di Kelab Kriket Kowloon, Hong Kong, Joachim, 19 tahun yang merupakan pemain bukan pilihan mengejutkan pilihan ketujuh dan wakil tuan rumah, Harley Lam, 11-6, 11-6, 11-4.

Dalam pada itu, Sehveetrraa menerima hadiah hari lahir ke-19 Isnin ini, apabila menewaskan pemain tuan rumah Ching Hei Fung, 11-7, 11-4, 11-3.

Kedua-kedua juara itu masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai US$$6,000 (kira-kira RM28,242).

Sehveetrraa, pemain kelahiran Kedah, berkata beliau amat bebesar hati untuk merangkul kejuaraan keduanya selepas memenangi Terbuka Bondi 2023 di Sydney, Australia, November lalu.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN