DOHA, 1 Februari - Juara empat kali Piala Asia, Jepun melangkah ke suku akhir dengan bergaya selepas menundukkan Bahrain 3-1 pada Rabu pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Al Thumama.
Kejayaan itu sekali gus menggagalkan hasrat pengendali Bahrain, Juan Anotnio Pizzi bagi membalas dendam selepas bekas skuad bimbingannya, Arab Saudi ditewaskan lawan yang sama pada kejohanan yang berlangsung pada 2019.
Pada perlawanan tersebut, skuad Samurai Biru berjaya mendapatkan gol awal pada minit ke-31 selepas pemain tengah Doan berjaya menampan masuk percubaan Seiya Maikuma yang terkena palang gol.
Kedudukan 1-0 kekal sehingga tamat permainan.
Bersambung babak kedua, pasukan Jepun menggandakan jaringan menerusi Takefusa Kubo pada minit ke-49.
Kubo yang tidak dikawal dalam kotak penalti berjaya melepaskan rembatan kencang menewaskan penjaga gol Bahrain.
Jaringan tersebut dibenarkan pengadil selepas ulang tayang VAR yang mendapati Kubo tidak berada dalam keaadan 'offside'.
Bahrain merapatkan kedudukan pada minit ke-69 selepas Ayase Ueda tertanduk masuk ke gawang sendiri dalam usaha bagi mengeluarkan bola.
Namun, Ueda kembali menebus kesilapannya apabila menjaringkan gol ketiga dengan gol ketiga pada minit ke-72.
Sementara itu pengendali Jepun, Hajime Moriyasu ternyata berpuas hati dengan kemenangan tersebut dan menyifatkan pasukan bimbingannya mampu mempamerkan aksi lebih baik pada perlawanan akan datang.
"Kesemua pasukan yang bertanding pada kali ini menunjukkan perkembangan positif.
"Meskipun begitu, pasukan kami menunjukkan peningkatan yang bergantung kepada usaha para pemain itu sendiri.
"Namun, saya tidak anggap hari ini pemain memberikan persembahan 100 peratus dan kami masih lagi boleh memperbaiki persembahan", kata Moriyasu.-REUTERS