JOHOR BAHRU, 30 Julai- Pengulas sukan RTM, Mohd Fuad bin A. Rahim atau lebih dikenali sebagai Art Rahim, 58 tahun, meninggal dunia petang tadi di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.
Allahyarham merupakan antara figura sukan tanah air, telah ditidurkan sejak 24 Julai lalu akibat masalah paru-paru dan komplikasi jantung.
"Allahyarham mula dimasukkan ke HSA pada 9 Julai selepas mengadu sakit dada dan sesak nafas." menurut anaknya Faidth.
Allahyarham sekali lagi dimasukkan ke HSA sebelum ditidurkan pada Khamis minggu lalu.
Jenazah dibawa ke rumah keluarga di Bandar Baru Uda, Johor Bahru dan dijangka dikebumikan tengah hari esok.
Allahyarham Fuad meninggalkan seorang balu, Julela Mohammad, 58 tahun, serta seorang anak lelaki, Faidth, 35 tahun.