fb fb fb fb fb

Penganjuran sukan komuniti, bantu tingkatkan ekonomi setempat

BALIK PULAU, 4 Jun- Penganjuran temasya sukan di sesuatu kawasan akan menjadi sandaran peniaga tempatan untuk meningkatkan ekonomi.

Pandangan itu disuarakan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh selepas merasmikan larian separa maraton di Balik Pulau, awal pagi tadi.

Hannah menjelaskan, penganjuran temasya sedemikian akan memberi nafas baharu kepada ekonomi tempatan.

"Acara sukan seperti ini sangat penting untuk kita bangunkan sukan dan juga mampu untuk membantu ekonomi tempatan," kata Hannah kepada pemberita, hari ini.

Temasya maraton anjuran Ahli Parlimen Balik Pulau, Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik itu menyaksikan hampir 4,000 pelari mengambil bahagian selain turut disertai pelari dari luar negara.

Acara itu adalah kali pertama penganjurannya dan membabitkan penyertaan yang besar.


(Menteri KBS, Hannah Yeoh dan Ahli Parlimen Balik Pulau, Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik
menyampaikan hadiah kepada pemenang bagi kategori terbuka lelaki)

Media Baharu