fb fb fb fb fb

Pemain Kazakhstan, Elena Rybakina juara Wimbledon

(Pemain Kazakhstan, Elena Rybakina mencium trofi Venus Rosewater Dish
selepas memenangi acara perseorangan wanita tenis Wimbledon/AFP)


LONDON, 10 Julai- Elena Rybakina menewaskan pemain Tunisia, Ons Jabeur 3-6, 6-2, 6-2 untuk menjadi pemain pertama dari Kazakhstan memenangi kejuaraan perseorangan Grand Slam tenis Wimbledon.

Jabeur, yang juga pemain nombor dua dan turut mempunyai misi besar pada aksi final itu untuk melakar sejarah menjadi pemain Afrika dan Arab pertama memenangi kejuaraan Grand Slam, bermula baik dengan memenangi set pertama

Bagaimanapun, Rybakina, 23, yang juga pilihan ke-17 bangkit daripada kegugupan dengan memperagakan servis dan aksi bertenaga dalam dua set berikutnya untuk memenangi perlawanan itu.

(Aksi Elena Rybakina menentang pemain Tunisia, Ons Jabeur pada kejuaraan perseorangan
Grand Slam Wimbledon/AFP)


Pemain berusia 23 tahun itu, yang sebelum ini tidak pernah mara melepasi suku akhir Grand Slam, berkata dia "sangat gementar" sebelum dan semasa perlawanan di Gelanggang Pusat dihangatkan lagi dengan kehangatan terik matahari pada hari [perlawanan itu.

"Saya tidak sangka berada di minggu kedua Grand Slam di Wimbledon,"

"Untuk menjadi pemenang adalah menakjubkan. Saya tidak mempunyai kata-kata untuk menyatakan betapa gembiranya saya." katanya.

 

(Reaksi kecewa  pemain Tunisia Ons Jabeur ketika sidang media selepas tewas
menentang pemain Kazakhstan Elena Rybakina/AFP)


Sementara itu, naib juara Wimbledon Ons Jabeur tetap membanggakan peminatnya walaupun tewas dengan gelaran ikonik itu.

Pemain berusia 27 tahun itu baru-baru ini telah disifatkan sebagai penyumbang kegembiraan sukan itu olehpeminat tenis Tunisia, dan walaupun kalah, rakyat negara itu berkata mereka akan terus menyokongnya.

Peminatnya percaya bahawa kejayaannya telah membuka mata Tunisia lebih memberi tumpuan kepada pekembangan sukan tenis seterusny akan mempengaruhi orang ramai untuk belajar serta bermain permainan itu.-REUTERS







Media Baharu