fb fb fb fb fb

Pegawai Al-Hilal ke Paris muktamad perjanjian Messi

(FOTO AFP)

RIYYADH, 5 Jun-Pegawai tertinggi kelab Al-Hilal terbang ke Paris bagi memuktamadkan perjanjian mega bersama bintang bola sepak Lionel Messi menurut dua sumber yang rapat berkaitan perjanjian tersebut.

Menurut sumber berkenaan, delegasi kelab itu merancang bertemu dengan bapa yang juga ejen penyerang berkenaan, Jorge bagi melengkapkan perjanjian tersebut secepat mungkin.

"Terdapat delegasi dari Arab Saudi di Paris bermatlamat untuk pulang dengan persetujuan secara rasmi kepada tawaran kelab berkenaan", kata sumber yang rapat dengan kelab berkenaan.

Satu lagi sumber rasmi yang rapat dengan rundingan berkenaan berkata persetujuan tersebut kini di proses akhir.

"Sekiranya semua berjalan lancar, Messi akan menandatangani kontrak baharu dan Al-Hilal akan mengumumkan berita gembira itu sebelum hujung minggu", kata sumber berkenaan.

Messi 35 tahun, tiba di Paris pada dua musim lalu dari Barcelona, namun gagal membantu PSG memenangi Liga Juara dan mengalami 16 kekalahan sepanjang kempen Liga Perancis.

Pemenang tujuh anugerah Ballon d'Or itu turut dikaitkan dengan perpindahan semula ke Barcelona dan kelab milik David Beckham, Inter Miami.

Messi bukan satu-satunya bintang bola sepak yang dimahukan Arab Saudi yang dilihat cuba imej bagi menarik pelancong dan pelaburan melalui sukan.

Pada Sabtu, stesen televisyen Arab Saudi, Al-Ekhbariya melaporkan penyerang Perancis, Karim Benzema yang meninggalkan Real Madrid telah menandatangani perjanjian dengan sebuah kelab yang berpengkalan di Jeddah, Al-Ittihad.

Messi yang menjulang Piala Dunia di Qatar Disember lalu, digantung oleh pemilik kelab PSG bulan lalu kerana melakukan penerbangan tanpa kebenaran ke Arab Saudi sebagai duta pelancongan bagi negara berkenaan-AFP


(FOTO AFP)

Media Baharu